Demi masa

Wednesday, July 11, 2012

Agak kaget

Salam,
Lama saya tidak menulis.
Kerinduan yang teramat pada penulisan walaupun saya tahu gaya penulisan saya agak mendukacitakan, agak   rojak bahasanya. Syukurlah, seorang sahabat telah menegur dan InsyaAllah saya akan cuba mengubah cara penulisan saya ke arah yang lebih baik lagi.  

Selalunya ayah dan abang akan menemani saya dalam perjalanan jauh. Tapi semalam, tanpa ditemani rakan-rakan, saya dengan berdikarinya (konon) balik ke Kota Kinabalu. Tiket yang dibelikan ayah disimpan dengan rapi.Tempat duduk nombor 8. Syukurlah, abang dan ibu menghantar saya walaupun hanya di Terminal Tawau. Sewaktu menunggu bas, terserempak dengan seorang sahabat lama yang lalu betul-betul di hadapan saya. Agak gembira berjumpa teman lama bercerita itu dan ini. Habis di situ.

apa yang kaget?
 Bila sebelah tempat duduk saya diduduki oleh warga indonesia yang benar-benar menakutkan. Saya tekad berpindah dari tempat tersebut disebabkan personaliti lelaki indon berkenaan. Bila pindah ke seat 18/19,..
'....ain..ain.."
Rupanya ada kawan sekelas dalam bas.Oklah.selamat sikit.
Cuma kaget bila si kawan yang saya rasa lebih setahun muda berlainan gender pula tu, tertidur di bahu saya...Rasa macam mau ditolak kepalanya.  pandai-pandai dia situ. Sampai sekarang bahu saya sakit. perlukan tidur yang cukup.

Jikalau saya, saya sanggup meletakkan kepala di tepi tingkap daripada melentok di bahu rakan lelaki, sebab hanya suami yang selayaknya berbuat demikian. 

p/s : ~ Kerana itu wanita perlu ditemani muhrim apabila berjalan jauh..^^,




No comments:

Post a Comment