Demi masa

Monday, August 15, 2011

Dalam Mihrab Cinta

Baru-baru ni aku ada tengok cerita best. Maaf entry ni lama dah aku draf cuma aku baru nak cerita...^_^

FILEM DALAM MIHRAB CINTA (DMC)
Pelakon DMC yang cantik dan ganteng..Hihi..Aku suka tengok Dude Harlino. Entahla kenapa aku suka tengok orang bersongkok..haha. Lagi satu Asmirandah pun cantik pakai jilbab. Suka aku tengok sebab muka dia mcm aku ckit.cet.. hihi...Oklah aku nak kongsi sinopsis dia ni. Sebenarnya aku dah tengok cerita ni berkali-kali. Walaupun ending tak seperti yang aku harapkan tapi dari cerita ni ada 1 pengajaran yang boleh kita ambil.."apapun yang kita rancang dalam hidup semuanya ditentukan oleh ALLAH SWT."  Ajal, maut, jodoh semuanya di tangan tuhan, ingat tu ya adik-adik...^_^



Cerita ini diadaptasi daripada sebuah novel yang berjudul dalam mihrab cinta. Penulis yang sama juga bagi Ketika Cinta Bertasbih iaitu Habiburrahman El-Shirazy. Terus terang aku amat kagum dengan pengarah/penulis ini sebab beliau menghasilkan karyanya dengan penuh ciri-ciri islamik. Pada pandangan aku sebagai pemirza (penonton){aku pun dah terikut-ikut cakap indonesia..^_^}, filem ni memberi impak dalam kehidupan itupun kalau kita menghayati karya ni betul-betullah. Pada pendapat aku, aku lebih suka tengok cerita Indonesia macam ni (KCB,Ayat2 cinta,syahadat cinta)b erbanding tengok drama Malaysia macam stanza cinta, tahajud cinta, Ustaz Amirul. Memang aku tak tengok. Kalau aku tengok pun last cerita Nur Kasih.itu sahaja. Kenapa? Sebab cerita indonesia, karyanya bukan sahaja diselidik/dikaji terlebih dahulu tapi karyanya mampu memberi kesan positif kepada kita yang melihat. Bukan sekadar tangkap muat sahaja macam 1 cerita tu.  Cerita apa malaslah aku nak komen lebih.Engkau pun tau kan.>_<

Cik Zizi kena ugut oleh pencopet..Time tu ada mas Syamsul Hadi, so mas Syamsul tolong dia. Time tu si Zizi ni ingat mas Syamsul orang jahat sebab rambut dia mak ai macam penjahat. Dari situ aku belajar jangan pandang orang dari rupa/penampilan(dont judge a book by its cover)..ok?


Time ni mas syamsul usai solat, kemudian adiknya Nadia datang. Time ni aku nak nangis sbb takda satu orang pun yang percaya Mas Syamsul (emo) T_T

Permulaanya agak sedih disebabkan mas Syamsul Hadi ni terkena fitnah oleh rakan sebiliknya Borhan. Borhan ni memang lelaki yang teruk macam munafik sebab dia bukan sahaja playboy, penipu, mcm2 lg la sikapnya yang teruk yang membuatkan orang lain susah. Gara-gara fitnahnya Syamsul dipukul teruk di pesantren, dibotakkan kepalanya atas kesalahn yang tak pernah dia lakukan. Kemudian dikeluarkan dari pesantren dengan cara yang tidak baik..Selepas dikeluarkan dari pesantren, dia kembali ke rumahnya tapi family Syamsul tak dapat terima kenyataan dan percaya fitnah tersebut menyebabkan dia lari dari rumah..BAHAYANYA FITNAH. Semoga sentiasa dalam lindungan ALLAH. Jauhkan dari fitnah dunia dan akhirat, amin...

Nadia dan Ibunya sedih sebab dapat tahu Syamsul kena tangkap..
Nadia mulanya tak percaya, tapi akhir nyata benar itu adalah abgnya..

Kehidupannya sebagai seorang pelarian membawa padah apabila dia menjadi pencopek(peragut) disebabkan kilaf dan lapar..Tabiatnnya itu diteruskan lagi selepas mendapat galakkan daripada rakan2 dalam penjara. Namun, dipendekkan cerita, dengan ditakdirkan Allah, dia sedar bahawa perbuataanya ini salah dan bertaubat tak akan melakukan lagi..
Masa di penjara, aku tergelak bila seorang banduan tu kata macam ni(lbh kurangla):
Banduan : kalau mencopet jangan smapi lbh 2xsbb yang ketiganya mungkin akan tertangkap.
Mas Syamsul : INSYAALLAH
Banduan: ketawa... Masak mencopet pakai INSYAALLAH.
~seyes,aku ulang berkali-kali time tu sebab ada unsur humor yang diselitkan dalam babak tu. INSYAALLAH bermaksud dengan Izin ALLAH swt. Mana mungkin mas Syamsul buat kerja mencopet-copet ni lagi ye dak.
Ya ALLAH dalam sungguh filem ni aku interpretasikan... ^_^

Asmirandah senyum....Harap-harap dia bertudung terus..sbb dia cantik pakai tudung..^_^
Keputusan setelah istiqarah dan memilih Silvi dan meninggalkan Zizi..(secocoknya)^_~
Sudah sampai ke babak akhir, dia dijodohkan dengan seorang muslimah+cantik+cerdik. Tapi ibunya juga memiliki pilihan lain yang cocok buatnya..maka dengan solat istiqarah, Syamsul memilih Cikgu Personal Matematik yang diberi nama Silvi..Namun jodoh ditangan tuhan dimana Silvi terlalu gembira dengan jodohnya bersama Syamsul menyebabkannya mendapat kemalangan.

Dalam Mihrab Cinta..Best filem ni.Sukanya ^_^

Aku suka gambar ni semua ada..^_^..Tampannya c Mas syamsul..Dalam Malaysia ni ada tak ya?hihi...
InsyAllah, banyak sangat pengajaran dalam cerita ni..Jodoh tetap di tangan tuhan..Kita merancang, tapi Allah S.W.T adalah sebaik-baik perancang. Amin...
Nak tau dengan siapa Mas Syamsul, kenalah tengok cerita ni...
Cikgu Silvi yang cantik. Macam barbie kan...^_^

p/s: sediakan tisu secukupnya.hihi...

~Lepas ni nak review Geng Mengaji pulak..hihi..ok bai...

No comments:

Post a Comment