-SAHABAT yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah, mendengarkan kata-katanya, menambahkan ilmu, terlihat gerak gerinya, meninggikan takut kepada Allah, berkawan dengannya, berjuang ke jalan Allah. Alhamdulilah hny ini ungkapan terbaik kpdNya krn menganugerahkan aku seorg hambaNya yg menegur silapku tanpa selindung, menegur kelekaanku, menyedarkan khilafku, mengajar aku kenal Allah lebih dekat. Allah jglah hbgn ini~ SAHABAT.
Demi masa
Monday, June 27, 2011
Kisah Nabi Adam
Nabi Adam A.S diciptakan dari tiga jenis tanah
Pertama: Allah SWT memerintahkan Jibarail a.s supaya mengambil tanah kering yang seperti tembikar.
Kedua: Allah SWT memerintahkan Jibrail a.s mengambil tanah liat kering yang berasal dari lumpur hitam
Ketiga:Allah SWT memerintahkan Jibarail a.s supaya mengambil saripati tanah
Bumi enggan membenarkan Malaikat Jibarail a.s untuk mengambil tanah yang tiga jenis itu lalu Jibrail a.s menghadap Allah SWT mengadu kepadaNYA tentang keengganan bumi untuk menyerahkan sebahagian tanah (dirinya) kepada Jibrail a.s
Lalu Allah SWT mengarahkan Malaikat Mikail a.s untuk menggantikan tugas Jibarail a.s tersebut.Tetapi juga ditegah oleh bumi.Kemudian Malaikat Israfil a.s pula diperintahkan oleh Allah SWT namun berakhir dengan kegagalan jua.Akhirnya Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail a.s supaya turun mengambil segenggam setiap jenis satu tanah itu. Lalu malaikat Izrail a.s menghulurkan tangannya untuk mencekau ketiga-tiga jenis tanah itu lalu bumi menyergahnya seperti yang dilakukan kepada ketiga pembesar malaikat terdahulu.Tapi Izrail a.s keras dan teguh memegang perintah Allah SWT lalu diragutnya ketiga jenis tanah it uterus dibawa naik ke hadhirat Allah SWT.Dengan kejayaan itu,Allah SWT lalu member tugas kepadanya untuk mengambil nyawa setiap mahkluk yang hidup termasuk manusia dan dia diberi gelaran MALIKIL MAUT bererti ‘PENGUASA KEMATIAN’
Iblis disingkir dari bumi syurga
Lembaga Adam yang telah sempurna kejadiannya berdiri gagahnya didalam syurga walaupun tanpa roh.Ketika itu Allah SWT mengeluarkan perintahNYA kepada semua malaikat dilangit supaya sujud kepada lembaga manusia pertama itu.Sebagaimana Al-Quran menceritakan didalam surah Al-Baqarah ayat 34:
“Dan(ingatlah) ketika Kami (Allah SWT) berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu semua (kerana menghormati dan memuliakan) kepada (Nabi) Adam. Makan sujudlah (para malaikat) semua kecuali iblis. Ia enggan dan menyombong diri.Lalu termasuklah dia kedalam golongan orang-orang yang kafir”.
Mendengar jawapan iblis itu maka murkalah Allah SWT terhadap makhlukNYA yang bangsat itu.Kemudian Allah SWT menghalaunya meninggalkan bumi syurga.Tetapi sebelum melangkah keluar,iblis memohon kepada Allah SWT supaya diberi kepadanya umur yang panjang supaya dapat hidup hinggalah ke Hari Qiamat untuk membalas dendamnya terhadap Nabi Adam a.s.
Sebelum beredar dari syurga, iblis la’natullah terlebih dahulu berjalan menghampiri lembaga bapa manusia itu sambil mengelilinginya.Kerana sangat benci lalu iblis meludah ke perut Adam a.s dan ludahnya betul-betul melekat di tengah-tengah perut lembaga Adam a.s.Melihat itu,Malaikat Jibrail as. Dengan segera mencungkih buang air liur tersebut dengan cara menculik (dengan kukunya) tanah yang terkena ludahan tersebut lalu menyebabkan terjadinya pusat Adam a.s. Itulah sejarah terciptanya pusat manusia.
Setelah meludah lalu turunlah iblis dari syurga dan rupanya telah ditukar oleh Allah SWT dari rupa malaikat yang cantik indah kepada rupa iblis yang hodoh buruk.Setelah itu Allah SWT pun meniupkan rohNya kedalam lembaga manusia itu, dengan tiba-tiba hidup dan menjadilah seorang manusia yang sempurna seta berkemahuannya.
Mengikut cerita, tempoh untuk roh itu meresap keseluruh bahagian kepala Adam a.s sahaja mengambil masa 200 tahun baru sempurna resapannya.Namun Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui.
Apakah Nabi Adam a.s sudah berbangsa.
Mungkin kita tertanya-tanya apakah Nabi Adam a.s juga mempunyai bangsa?
Mengikut hadith bahawa Nabi SAW menjelaskan bangsa Nabi Adam a.s..Baginda mengatakan empat orang nabi berbangsa Suryani.Mereka ialah Nabi Adam a.s, Nabi Syith a.s, Nabi Idris a.s, dan Nabi Nuh a.s..Manakal empat orang pula berbangsa Arab iaitu Nabi Hud a.s, Nabi Salih a.s, nabi Syuaib a.s dan Nabi kita Muhammad SAW.
Allah SWT mengurniakan Nabi Adam a.s ilmu yang luas
Untuk membuktikan kepada semua malaikat yang dahulunya mempersoalkan kewibawaan dan keunggulan manusia yang Dia mahu ciptakan itu, maka Allah SWT terlebih dahulu mengajar Adam a.s semua nama benda sehingga dikatakan Nabi Adam a.s mengetahui,mengenali dan mengingati nama-nama segala sesuatu kejadian Allah SWT yang wujud pada masa itu.
Rupa Nabi Adam a.s
Mengikut ulama-ulama tafsir, wajah Nabi Adam a.s amat kacak dan tampannya sebagaimana juga rupa semua nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain,mengikut ulama-ulama tafisr juga,terdapat sebelas orang nabi yang mempunyai wajah yang hamper serupa iaitu Nabi Adam a.s,Nabi Ishaq a.s,Nabi Ya’qub a.s,Nabi Yusuf a.s,Nabi Musa a.s,Nabi Harun a.s dan Nabi Muhammad SAW.
Mengenai saiz bangunan tubuh Adam a.s terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa tinggi tubuh badan Adam a.s adalah 60hasta manakala lebarnya 7hasta.Ini menunjukan betapa besar dan tingginya bapa kita dahulu kalau dibandingkan dengan cucu cicitnya di abad ke-20 ini.
Nabi Adam a.s diberi teman hidup
Setelah puas berjalan sambil menikmati buah-buahan syurga dan semua makanan syurga yang lazat, Nabi Adam a.s lalu berbaring di bawah sepohon kayu, tiba-tiba Nabi Adam a.s terlihat dua ekor burung syurga sedang berkasih-kasihan diatas dahan pokok sehingga menimbulkan perasaan itu dalam hatinya untuk hidup berteman seperti burung itu.Lalu sambil mengenangkan nasibnya, Nabi Adam a.s terlena.
Setelah terjaga,Nabi Adam a.s mendapati seorang perempuan muda yang sangat jelita disebelahnya.Beliau kaget,takjub serta gembira melihat kehadiran seorang perempuan muda dan jelita.Lalu beliau bertanya “Kamu ni siapa?” jawap perempuan itu “Saya adalah Hawa (ertinya Yang dicipta dari sesuatu yang hidup iaitu diri Nabi Adam a.s sendiri)”.
Setelah itu Allah SWT menceritakan kepada Nabi Adam a.s bahawa perempuan itu dijadikan daripada rusuk kiri yang paling bawah sekali ketika beliau sedang tidur tadi.
Cinta mula bersemi di hati Nabi Adam a.s dan Siti Hawa
Setelah Nabi Adam merenung Siti Hawa,tiba-tiba bertunas didalam hatinya perasaan cinta yang membara dan bergejolak begitu juga dengan Siti Hawa.Ini semua kerana Allah SWT memperlihatkan tanda kebesaranNYA sebagaimana firmanNYA didalam Al Quran surah Ar Rum ayat 12
“Dan di antara tanda-tanda kebesaranNYA ialah Dia (Allah SWT) mencipta untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya.Dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih sayang.Dan sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang suka berfikir”.
Hiduplah bersenang-senanglah Nabi Adam a.s dan Siti Hawa didalam syurga dan menikmati semahu-mahunya semua kemudahan,buahan,makanan,daging dan sebagainya.Tetapi mereka hanya ditegah satu perkara iaitu tidak dibenarkan untuk menghampiri sejenis tumbuhan, apa lagi memakannnya.Hal ini diceritakan dalam Al Quran surah Al A’raf ayat 19
“Wahai Adam! Tinggalkanlah kamu disyurga ini bersama-sama isterimu. Dan makanlah kamu berdua(buah-buahan) dimana sahaja kamu berdua sukai.Tapi janganlah kamu berdua mendekati pokok ini,nanti kamu akan termasuk kedalam golongan orang-orang zalim”.
Iblis la’natullah yang berada dibumi mengetahui tentang perkara tersebut dan berazam ingin memperdayakan kedua-dua insan musuhnya itu supaya mereka menderhakai Allah dengan memakan buah kayu itu.
Tapi bagaimana caranya?
Iblis berazam menyingkirkan Adam dan Hawa dari syurga
Iblis la’natullah adalah satu makhluk ciptaan Allah SWT yang sangat cerdik.Sebelum menderhakai Allah SWT, namanya adalah Azazil.Rupanya sangat elok dan tidak ada tempat dibumi ini tidak pernah kena jejak kakinya.Mengikut riwayat,tiada sejengkal bumi pun yang tidak kena sujud dahi Azazil.Dikatakan ia bersujud kepada Allah SWT dibumi selama 70,000 tahun sebelum Nabi Adam a.s diciptakan.
Lalu naiklah ia ke langit dan duduk dipintu syurga dengan menyamar sebagai seorang tua sambil menangis tersedu-sedu.Tangisan itu didengari oleh seluruh penduduk syurga.Tiba-tiba burung merak yang bermain-main berhampiran pintu itu lantas bertanya “Kenapakan pakcik menangis ni,apa yang telah terjadi?”
Iblis menyatakan beliau sedih kerada ada orang akan keluar dari syurga dan dia ingin mengajarkan beberapa doa kepada orang itu yang akan menyelamatkan dari dihalau dari syurga, itulah belit si iblis
Namun iblis gagal dalam memujuk si merak untuk membuka pintu syurga tersebut kerana si merak memberitahu bahawa kunci pintu syurga dipegang oleh malaikat.Namun iblis tetap memujuknya untuk mengajarkan doa itu kepada ahli syurga yang akan diusir itu.
Lalu berjalanlah si merak mencari orang yang memegang kunci pintu syurga.Bertemulah dengan si ular dipertengahan jalan.Lalu diceritakan tentang hal tersebut kepada si ular ini dan mereka berdua pun lantas ke pintu syurga berjumpa dengan si tua.Si ular pun menjengukkan kepalanya keluar melalui pintu syurga itu lalu iblis yang melihatnya lantas berpura-pura untuk mengajar doa berkhasiat tiga perkara itu tapi katanya bayaran perlu dibalas iaitu ular mesti berusaha membawanya kedalam syurga.
Namun ular tetap enggan, katanya selagi Nabi Adam a.s didalam syurga,pintu itu tidak dapat dibuka.Setelah merasa peluang untuk memujuk dan untuk memasuki syurga amat tipis lalu melompatlah iblis kedalam mulut si ular ketika ia bercakap-cakap.Digerakkan ular berjalan menuju ke arah tengah syurga.Diarahnya untuk mendekati Pokok Khuldi,iaitu pokok yang iblis sendiri menamakannya dengan Khuldi(kekal) yang Allah SWT melarang Nabi Adam dan Siti Hawa mendekatinya.
Siti Hawa kalah pada pujuk rayu iblis
Siti Hawa pun menujulah ke arah pohon itu kerana terdengar akan suara orang menangis.Lalu bertanyalah Siti Hawa “Tuan ini siapa dan kenapa tuan menangis ini?”
Jawab iblis, “Saya adalah malaikat dan saya menangis kerasa saya sungguh sedih kerana suami puan,Adam akan diusir dari syurga kecuali jika anda berdua memakan buah dari pohon Khuldi ini” pujuk iblis menjalankan fitnahnya.
Setelah dipujuk oleh iblis lantas Siti Hawa mengambil tiga biji buah larangan itu lalu dimakannya sebiji dan diberi kepada suaminya dua biji.Tapi Adam a.s enggan memakannya.Mengikut cerita ,setelah Siti Hawa puas memujuknya nabi Adam a.s tetap tidak mahu memakannya,lalu Siti Hawa mencari sejenis air pelupa lalu diberikan kepada suaminya.Apabila Nabi Adam a.s meminumnya,ia jadi lupa terhadap perjanjiannya dengan Allah supaya jangan menghampiri pokok itu dan memakan buahnya.
Nabi Adam a.s dan Siti Hawa dibuang ke dunia
Ketika buah itu masuk hingga ke batas halkum,Malaikat Jibrail a.s mencekik leher Nabi Adam a.s tepat pada tengah-tengah lehernya lalu melekat di situ (inilah yang menyebabkan semua lelaki mempunyai halkum dilehernya) dan hilanglah segala kebesaran dan kemuliaan Adam a.s dan Siti Hawa.Pakaian mereka berdua hilang lesap menyebabkan mereka bertelanjang dan saling memandang aurat masing-masing.
Bergegaslah Nabi Adam a.s mengambil daun kayu syurga untuk menutup auratnya dan aurat isterinya kerana terlalu malu.Perasaan berdosa menyelinap masuk kedalam diri kedua-dua insan tersebut.Kemudian perlahan-lahan menitis air mata menikam bumi.Semakin deras dan akhirnya mereka sujud memohon ampun dengan esak sambil menyatakan penyesalan mereka.Buat masa sekarang (ketika masih berada didalam syurga) Allah SWT sesekali tidak mahu mendengar rayuan mereka,Ia mahu menghukum keduanya terlebih dahulu sebelum mengampuninya.
Turunlah Nabi Adam a.s dan isterinya ke bumi dengan menaiki sejenis kenderaan berenjin daripada cahaya.Ketika keduanya ditempatkan pada kawasan yang berasingan di bumi mulalah keduanya mencari regu masing-masing.
Dapatkah Nabi Adam a.s bertemu dengan Siti Hawa?Dimanakah Nabi Adam a.s diturunkan?
Pencarian Yang Berakhir Dengan Pertemuan
Nabi Adam a.s yang diturunkan di Pulau Sri Langka (Ceylon) telah terpaksa mengharungi hutan belantara di pulau itu dan lautan untuk ke tanah besar benua India.Nabi Adam a.s yang tingginya hamper mendekati pucuk pokok kelapa itu telah menjadikan pulau-pulau di antara Pulau Ceylon dengan tanah besar benua India sebagai jambatan atau titian kakinya.Sebab itulah sekarang ini beberapa buah pulau di antara Pulau Ceylon dengan India dinamakan dengan ‘TITIAN ADAM’.
Setiap yang terlibat dengan peristiwa penyingkiran Adam a.s dan Siti Hawa dari syurga pun dikeluarkan juga termasuklah burung merak dan ular.Siti Hawa diturunkan di tanah Arab kawasan Judah dan beliau telah berjalan ke arah timur mencari suaminya yang sangat dicintai itu.Allah SWT telah menghalakan hati mereka ke arah pasangan masing-masing.Nabi Adam a.s terasa mahu berjalan kearah barat manakala Siti Hawa kearah timur.Berjalanlah masing-masing kearah tersebut bersama linangan air mata.Ketika berjalan itu,mereka berdua saling memanggil nama masing-masing.Serupalah dengan kelakuan manusia sekarang didalam mencari orang yang sesat atau hilang.
Setelah berasa penat berjalan (inilah kali pertama mereka terasa erti kepenatan kerana ketika didalam syurga tidak pernah ditimpa rasa penat) bertemulah Nabi Adam a.s dan Siti Hawa disebuah tempat lapang yang luas saujana mata memandang di Mekah.Berpeluklah mereka berdua suami isteri itu dengan gembira kerana pertemuan itu sambil menangis.Mereka amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah mempertemukan mereka itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment