Demi masa

Wednesday, May 11, 2011

Hanya kerana gigi

Cuaca di sini mendung..mcm mana dgn cuaca di sana?huhu..:puteh_10:
Saya ada seorang sahabat,bila kami chat bersama,pasti bertanyakan ttg cuaca.jarak kawsan kami tidak lah terlalu jauh.tapi seringkali keadaan cuaca kami berbeza..subhanallah.kuasa Tuhan..saya sukakan pelangi di sana.tapi bila sampai di sini,tiada lagi pelangi mcm tu…ajaib kan kuasa Tuhan..sesungguhnya Dia lah yang menguasai dan mentadbir alam ini…

Saya baru terbaca satu artikel di solusi.nak mengelakkan tidur lepas subuh saya menelaah bahan bacaan..sedar2 ada beberapa muka yang saya belum sempat baca..saya tertarik dengan kata-kata ini ..”Jika yang diburu itu indah,yang memburu juga akan memperindahkan dirinya..”-dr. Pahrol.masha-Allah,indahkan maksudnya.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)


Dan,pastinya anda juga pernah mendengar kata-kata ini,..”tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu,janganlah engkau sekali-kali merendahkan dirimu,menggugurkan diri,menyembah tanah..sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu..”-ditujukan khas buat wanita.

Hati saya ingin menulis soal ini,bila melihatkan situasi sahabat-sahabat di luar sana yang sedang ‘bergembira’ bersama teman lelaki mereka.seolah-olah dunia sangat indah!usia remaja memang seronok.tapi tahu kah apa yang menyebabkan saya sentiasa sedar akan keseronokan itu?

Hanya kerana gigi
Setiap pagi,saat saya memberus gigi..bahkan satu hari sampai 3-4 kali memberus,tiap kali itu lah akan mengingatkan saya tentang hari tua saya.saya sering terbayang,gigi yang ku gosok ini,yang putih bersih ini,yang tersusun rapi ini..suatu hari nt,pasti akan mulai tanggal..rosak..dan akhirnya menjadi palsu…Maknanya,semua ini hanya semntara.bahkan wajah kita yang licin dan tidak berkedut ini,suatu hari pasti akan berkedut seribu.pakailah apa jua jenis produk,apa saja nilainya..hakikat itu,harus kita hadapinya dengan redha..semua orang pun begitu.

Bila kita dah sedar akan hakikat itu,ada satu perkara yang kita perlu lakukan..hanya satu cara,iaitu hiasilah peribadi kita.cantikkanlah diri kita dengan akhlak yang indah..saya bukanlah terlalu baik untuk bercakap ttg soal akhlak ini,tapi x salah kalau kita sma-sma ingat mengingati dan berubah kearah kebaikan.

Sahabat-sahabat,mengapa perlu menggugurkan diri demi seorang lelaki bukan muhrim?dia belum menjadi suami kita.halal kah kita memegangnya?ibu pernah beritahu pada saya,sebelum kahwin,delete semua gambr2 kita yang berdua-duaan dengan lelaki.erk?sampai mcm tu sekali?kenapa ibu?kata ibu,khuatir akan menyebabkan suami kita cemburu…ehem..aku kira-kira..pernah sekali aku mengambil gambar berduaan dgn lelaki.walaupun rakan sekelas ku.ntah kenapa,aku menurut kehendak nafsu untuk bergambar dgnnya.astaghfirullah…namun jarak kami tidak lah dekat,dan usianya lebih muda daripadaku.dan aku telah pun delete gambr itu sebelum ibu memberitahu ku ttg itu.disebabkan hati ku tidak selesa.ntah sedar atau separa sedar aku sewaktu tu..arghh!yang dah berlalu biarkan berlalu..menjadi iktibar buat diri…hmm..begitu sekali ibu mengingatkan aku.ada betul nya kata ibu…mendgr ikim semalam,isu remaja.ustaz kata,kalau hati kita bersih,kesilapan yang sedikit pun kita akan rasa resah..tapi,klu hati kita kotor,buat lah apa sahaja perkara yang berdosa..seperti tiada perasaan bersalah…nauzubillah.

Kita wanita,adalah yang diburu.kebiasaannya kaum adam yang akan memetik “bunga” di taman.sudah tentulah yang dicari-cari adalah wanita-wanita yang solehah.maka,kita haruslah perindahkan akhlak kita.saya pernah dgr kata orang,sejahat macam mane pun lelaki tersebut,wanita yang baik juga yang menjadi idaman.wanita,harus ada perasaan malu.harus pandai menjaga diri dan tidak mudah percaya dengan janji manis seorang lelaki.harus jaga tutur katanya.jadilah intan permata,dan jangan jadi kaca yang murah nilainya.wallahu’alam.nukilan ini,juga peringatan buat diri yang sering melakukan kesilapan..T_T

Rasulullah SAW bersabda:
”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”





No comments:

Post a Comment