Demi masa

Wednesday, September 14, 2011

Hijrah

Kalau dulu orang bercinta, aku pun ikut bercinta. Tapi entahlah..sejak awal tahun ni...mood untuk bercinta itu hilang entah kemana. Mungkin lepas baba aku ceramah mungkin.hihi Entahla... Aku sendiri rasa..em entahlah..entahlah...Seboleh mungkin aku mahu mengelak dari cinta sebelum nikah. Lantaklah dengan persepsi orang. Kalau nak kata aku cerewet..lantaklah. Suka? em mungkin adalah.. Tapi sekadar suka. Macam yang aku cakap pada mulanya aku mahu cinta selepas nikah. Semoga keimanan ku tegar untuk mempertahankan prinsip itu. Meraih cinta ALLAH itu yang ku mahu..^_^

Ada 1 artikel yang betul-betul aku suka. Suka untuk membacanya...thanks to Farah Lee..sangat bermanfaat.

(petikan beliau...aku copy paste saja..hehe)Layan sajalah ar...)



Saya sering menjadi Doctor Love. Ada yang berpangkat kakak dan adik datang bertanya pandangan saya tentang masalah cinta yang sedang keruh di hati mereka. Bagus. Kerana pengalaman cinta mereka membuatkan saya bisa menjadi Doctor Pakar Love. Hehe.. Petang ini, ingin saya berkongsi antara nasihat-nasihat yang biasa saya lemparkan kepada mereka. Anggaplah saya juga melemparkan nasihat ini kepada anda. Jadi, SAMBUTTTTT ! :p     
Saya cuba ringkaskan sebab saya tahu, tak ramai yang suka baca article panjang-panjang. (sebab saya pun sebenarnya tak suka baca. hikhik..)    
Saya tahu bercinta sebelum kahwin tidak digalakkan di dalam islam tetapi saya juga tahu yang cinta ini sangat hebat penangannya. Bagi mereka yang bercinta, cinta sudah ibarat menjadi darah daging mereka. Membuang perasaan cinta itu ibarat membuang sedikit darah daging mereka. Bagi yang kuat, mereka kental dan cool sahaja jika darah daging mereka dihiris tapi bagi yang kurang kental pula, darah daging itu perlu dibuang secara halus, tidak kasar dan berhati-hati supaya sakitnya tidak terasa.

Jadi, nasihat saya pada mereka yang sedang bercinta, jika anda rasa pasangan anda sekarang adalah yang terbaik dan anda tidak ingin kehilangannya, percepatkanlah process ijab kabul. Tidak bersedia? Nanti nak kasi anak orang makan apa? Masih muda? Ingatlah, perkahwinan dituntut dalam Islam. Ini  juga sejajar dengan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud,


"Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.


Tapi bagi mereka yang pingin menjauhkan diri dari cinta,  kerana khuatir terjebak dengan maksiat dan zina,  saya lebih suka menggunakan pendekatan ini. Ianya memerlukan tiga process yang boleh dilakukan oleh mereka untuk meninggalkan sesuatu amalan.

1. Mengurangkan
Anda boleh mengurangkan masa anda berhubung dengan pasangan anda itu. Bak kata lain, jangan terlalu kerap in contact with each other (cehh, cakap omputih gitu). Tahan diri daripada call or message tentang benda-benda yang remeh. Bila perlu atau 'terlalu' rindu sahaja anda contact dia. Mungkin mula-mula sehari sekali, then seminggu sekali, then sebulan sekali, then then then..

2. Meninggalkan
Selepas 'then then then..', anda mungkin sudah kuat dan bersedia untuk meninggalkan cinta manusia itu. Jadi mohon kekuatan Allah untuk anda tinggalkan pasangan anda itu. Bak kata orang, clash cara baik. Niat anda baik, maka Allah akan memberikan yang lebih baik untuk anda. Jika pasangan anda tadi memang jodoh anda, mustahilkah suatu hari nanti anda akan bercinta semula dengannya atas cinta yang suci? Tiada yang mustahil bagi Allah.

3. Menjauhkan
Selepas anda sudah meninggalkannya, sentiasalah berdoa kepada Allah supaya dikuatkan hati anda setiap saat. Ingat, syaitan telah berjanji untuk menyesatkan keturunan Adam. Dia tak akan duduk goyang kaki saja melihat perubahan baik anda itu. Jadi sentiasalah berwaspada dengan bisikan syaitan. Jadi jauhkan diri anda dari terjebak dalam cinta manusia lagi seperti menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri.   
"Habis, kalau kami tak berusaha menegakkan cinta itu atau tidak berusaha mencari cinta, macam mana kami nak ketemu cinta kami?"   
Mungkin ini yang selalu bermain di minda anak muda mudi yang senang dikikis oleh sang Syaitan. Usah khuatir sayang, anda hanya perlu berpegang pada kata-kata kekasih Allah ini,   

Sabda Rasulullah s.a.w, "Barangsiapa yang jatuh cinta, kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar serta sentiasa berdoa kepada Allah, maka Allah akan mengampuni orang tersebut dan memasukkannya ke dalam syurga".
 

Anda akan bertemu cinta yang suci suatu hari nanti sekiranya anda mendahulukan cinta Illahi.
AllahuAlam :) 

Pssst : Panjang jugak jadinya >.<;; Hehe.. Enjoy~
p/s:~ok bai..slmt malam

      

No comments:

Post a Comment