Demi masa

Wednesday, September 14, 2011

beautiful words

-Don’t compare your life to others’. You have no idea what their JOURNEY is all about.

-Kau bicara kau perlukan teman, mengisi kekosongan hidup dan membuang kelaraan. Tetapi apakah kau telah bersedia mempersiapkan diri untuk membawanya ke SYURGA, dan dari neraka menjauhkan?

-Your job won’t take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in TOUCH.

-Cinta Allah adalah cinta SEJATI yang kekal abadi.

-Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada RUSUK lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk DIMULIA, disayangi dan dicintai.

-Seorang TEMAN yang baik adalah yang akan membantumu untuk menjadi orang baik. Teman sejati yang boleh diajak bercinta untuk syurga.

-"Aku menyintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." [Imam Nawawi]

-Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu LEBIH BAIK daripada apa yang engkau kehendaki.

-The most excellent JIHAD is that for the conquest of self.

-Duhai hati, janganlah terkorban dengan DUNIA. Hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna.

-Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatanNya terlalu MISTERI dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah 'what you give, you get back'. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.

-Apalah sangat PANDANGAN orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah?

-[I]Isyak [S]Subuh [L]Luhur [A]Asar [M]Maghrib. Kalau kita tinggalkan salah satu daripadanya, kita sudah bukan ISLAM lagi.

-Life is too short to waste time HATING anyone.

-Tetapi yakinlah walau sakit nya terlalu, nanti KEMANISANNYA juga akan berganda. Terimalah kesusahan yang sedikit demi kebahagiaan yang lebih baik dan abadi.

-Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang HALAL.

-Wahai wanita, semakin engkau menjaga dirimu, menutupi rapi auratmu, sopan gerak geri dan tutur katamu, semakin TINGGI NILAI engkau pada seorang lelaki.

-Tidakkah kaum lelaki ini merasa tercabar dan cemburu melihat wanita yang di bawah tanggungjawab mereka yang sepatutnya hanya mereka melihat aurat mereka tetapi, sebaliknya lelaki lain juga mendapat HAK yang sama?

-Sudahlah lahir dari saluran yang berkongsi dengan saluran qubul, hampir pula dengan saluran dubur. Setelah itu selama beberapa bulan menelan najis sendiri berkali-kali! Maka masih layakkah kita EGO dengan Sang Pencipta sedangkan Dia-lah yang memelihara di dalam ruang kecil diliputi tiga kegelapan itu?

-"Nanti-nanti lah berubah, sekarang muda lagi" hanyalah kata-kata yang dipinjamkan oleh syaitan supaya kita diheret sama oleh mereka ke neraka Allah. Sedarlah, hidup di dunia sangat SINGKAT waktunya. Usia muda tidak bermakna ajal juga masih jauh duduknya. Tidak nampakkah kita dengan bukti-bukti yang telah Allah tunjukkan? Nauzubillah.

-CINTA kepada bunga akan layu. Cinta kepada manusia akan berpisah. Cinta kepada Allah swt akan abadi.

-SAHABAT yang baik, apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati Allah, mendengarkan kata-katanya, menambahkan ilmu, terlihat gerak gerinya, meninggikan takut kepada Allah, berkawan dengannya, berjuang ke jalan Allah.

-Lebih baik terlanggar tiang menundukkan PANDANGAN daripada terlanggar agama menurut panahan syaitan.

-Allah adalah KEKUATAN. Untuk mencari kekuatan, carilah Allah.

-ISLAM bukan hanya nama, islam adalah cara hidup.

-Andai cantik tetapi tidak berakhlak, ibaratnya seperti BUNGA DEDAP. Indah luaran tetapi baunya tidak tertahankan bagi yang menghidu. Mendekati hanya kerna indah, tetapi untuk berlama-lamaan sungguh tidak sanggup sekali.

-Keperluan hati terhadap ZIKIR umpama keperluan ikan terhadap air. Cuba bayangkan, bagaimana keadaan ikan jika kita keluarkan dari air.

-Love ALLAH because He loves you.

-"Agama islam mempunyai penganut yang paling ramai di dunia. Namun begitu, ramai dikalangan umat islam tidak memahami hakikat sebenar menjadi seorang penganut islam. Salah satu sebab mengapa perkara ini berlaku adalah kerana mereka dilahirkan oleh kedua ibu bapa yang Muslim dan menerima islam sebagai WARISAN." [Fathi Yakan]

-Pelajar hendaklah sedar bahawa tujuan belajar adalah menghiasi dan mencantikkan hati dengan sifat-sifat keutamaan (sifat mahmudah). Jangan sekali- kali bertujuan menuntut ILMU untuk menjadi pemimpin, memperoleh harta dan kemegahan, melawan orang bodoh dan membangga diri.

-SHINE ON and don't give up on what you have decided to do!

-KEIMANAN menghapuskan keresahan, dan melenyapkan kebimbangan. Keimanan adalah kesenangan yang diburu oleh orang-orang yang bertauhid dan hiburan bagi orang-orang yang ahli ibadah.



-Tak perlu menjadi sempurna untuk menjadi berguna, tetapi jadilah insan yang BERGUNA untuk menjadi lebih sempurna!


-Semoga cantik kebanyakan diganti cantik sebenar kecantikan. Ternyata ianya INDAH
.

-HIDAYAH perlu dicari, bukan dinanti.

-Beruntunglah sesiapa manfaatkan hidayah dariNYA. Hadiah jiwa hanya untuk mereka yang terpilih. Pelihara, pulihara dan PENJARAKAN ia jangan sampai terpergi lagi.

-From HIM that we came, to HIM that we will returned
.

-Bila kau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa dirimu telah mencuba. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira titisan air matamu. Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, ALLAH sentiasa setia di sisimu. Bila kau telah mencuba segalanya tapi tak tahu tujuan, ALLAH ada jalan penyelesaian. Bila tiada bererti buatmu, keliru dan kecewa, ALLAH ADALAH JAWAPANNYA.

-CHANGE is never easy. You fight to hold on and you fight to let go.

-Aku keliru, apakah ertinya kecantikan wanita di mata lelaki? Adakah pada susuk tubuh yang menggiurkan? Atau pada akhlak yang menawan? Biar apa pun jawapannya, aku tetap aku. Aku seorang wanita. Fitrahku sukakan diri cantik jelita. Namun, bukan kecantikan di mata manusia, sebaliknya.. AKU MENCARI KECANTIKAN YANG DIIKTIRAF TUHAN!

-Ingatlah! Dalam setiap jasad itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik maka baiklah jasad itu. Apabila daging itu rosak maka rosaklah jasad itu keseluruhannya. Ingatlah, daging itu ialah HATI.

-LIFE is either a daring adventure or nothing.

-Kau tahu kecantikan wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya ataupun bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari MATAnya, kerana itulah pintu hatinya. Tempat di mana CINTA ITU ADA.

No comments:

Post a Comment