Demi masa

Thursday, October 27, 2011

Segalanya telah ku bicarakan, semoga baik untukmu dan juga untukku

Biar datangnya dari Engkau ya Allah, dan kembali padaMu jua.

Bantu aku untuk membezakan cinta mana biasan nafsu, dan cinta mana biasan cintaMu, kekasihku.

Kalau bukan, jauhkanlah. Hindarkanlah. Tunjukkanlah. Bukakanlah tabir, agar aku tahu dan tahu.
Kalau ya, tenangkanlah resah hati. Peliharalah ia agar terus kekal terpelihara. Selamanya.

Lindungilah ia agar tak tercemar menjadi noda dan dosa.
Dekatkanlah dengan cara paling halal sehalal-halalnya.
Bantu aku untuk menjadi solehah untuknya.
Bantu dia untuk menjadi soleh untukku.

Bila datangnya cinta dariMu pada hati-hati kami, pasti aku tiada ragu lagi.
Tiada susah lagi. Ketenangan itu pasti ada.
Dengan kesuburan cinta itu, pasti kami mampu menggandakan cinta untukMu.
Hanya mendamba redhaMu.
Tiada yang lebih indah, melainkan cinta keranaMu, ya Rabbi.

TanpaMu, aku jahil. TanpaMu, aku bimbang tersalah.
Lalu, untaian doa, menjadi harapan hari-hari.
Apapun jua, segala kebaikan yang datang, itu pasti kerana rahmatMu.
Lalu masa depan adalah doa yang termakbul kerana cinta dan kasihMu.
Sesungguhnya aku benci maksiat. Aku sungguh-sungguh benci mungkar.

Maka, peliharalah aku selalu. Agar selalu terhindar darinya walau sebesar zarah cuma.

~hamba yang hina.

status: melayan fitrah (CINTA) dengan fitrah terbaik (ISLAM) kurniaan Allah.

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah), (Tetaplah di atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

(Ar Rum: 30)
nukilan umy-http://ertihijrah.wordpress.com

“ya Allah..andai ujian hati ini lebih mendekatkan aku kepadaMu,aku redha ya Allah”

Tetapkan hatiku hanya padaMu

No comments:

Post a Comment