Baik Tapi Jahat
1. Sejak dulu lagi aku suka luangkan masa membaca post or status orang lain dekat facebook. Terutama post pasal agama dan politik. Selain daripada berblogging ini. Ya, Selain bermanfaat dalam memberi info, ianya juga memberi aku peluang untuk berfikir dan mengenali manusia.
2. Kadang-kadang teringin juga untuk ikut memberikan pandangan dan idea terhadap isu yang diketengahkan. Tapi bilamana melihat cara mereka memberikan idea, komen dan pandangan itu membuatkan aku membantutkan saja keinginan itu. penuh dengan emosi dan terbatas dengan kelogikkan akal..Manusia mana ada yang sempurna.
3.Tadi aku ada terlihat seorang budak perempuan post something berkaitan dengan soal pemakaian seorang perempuan yang kurang sempurna. Dari perspektif Islam. Bertudung tapi ketat. Seperti kata ustazah yang pernah bagi kuliah di tibi3 aritu, pakaian 'syurga neraka.' Sangat menarik.Post something yang boleh menyedarkan orang lain itu sudah betul. Tapi bila melihat komen yang diberikan dah jadi tak betul. Penuh dengan sifat negatif. Seperti aku kata, Manusia mana ada yang sempurna.
4. Dia memberi nasihat, dalam masa yang sama mengutuk, memfitnah dan bermacam-macam lagi ayat negatif diberikannya. Adakah ini tindakan yang betul?Atau aku yang tidak betul untuk mengiyakan setiap tindakan negatif itu?Bagi aku,Sebab itu Nabi ajar adab dalam berdakwah.mulut kena jaga. Seperti Ustaz Kazim pernah ingatkan, 'Jangan nak guna ubat gigi Cop Halal saja tapi mulut tidak dijaga, keluar ayat yang tak elok'.Jangan ambil satu bahagian saja tapi dedahkan satu bahagian. itu 'merojakkan' agama namanya.
5. Takda lah nak salahkan mana-mana pihak. Tapi kadang kita yang mengatakan diri kita baik ini mudah sangat terlalai dengan kebaikkan yang cuba kita tunjukkan. Banyak yang berperangai begini. Aku ambil satu status rakanku dalam laman facebooknya yang berbunyi 'Hari ini, ramai yang ingin menjadi ustaz dan ustazah didalam Fb'
6. Ya aku akui ramai. Dan niat ini sangat baik dan aku suka. Tapi yang tidak baiknya,..... ah malas untuk aku perjelaskan. Manusia mana ada yang sempurna kan. Aku tergerak untuk menulis berkaitan isu ni, bila rakanku cuba meminta pandangan. "Adakah elok kita menulis status di Fb seperti
'bersolat jumaat disini best. lepas tu letak tempat Masjid besi purajaya,masjid kristal or whateva masjid' tak pun.
'Now Dgr ceramah ustaz Idrus at puchong'"
7. Aku tergelak juga. Yela, time solat jumaat sempat berpesbuk? Time dengar ceramah sempat juga berpesbuk? Pendapat aku begini. Dari sudut pandangan Pertama, mereka adalah sangat baik. ya, dapat bersolat, dapat berjemaah, rajin pergi kuliah agama. Tidak semua orang diberi hidayah untuk buat apa yang mereka buat. Ini adalah kebaikkan seharusnya kita menyukai kebaikkan.Tetapi dari sudut yang satu lagi, aku melihat dia seperti memperlekeh agama. Persoalannya, Atas niat apa dia naikkan status begitu ditempat sedemikian?Dan lagi terang dan jelas dia tidak khusyuk melakukan ibadah. Sempat Online.Biasa, everywhere can la..Dunia dah canggihkan.Wifi dimerata-rata tempat.Nanti Mati pun boleh lagi naikkan status 'sekarang mati at perkuburan ********". Kalau tadi dekat kedai mamak ke, dekat pasarraya ke, bolehlah diterima akai.. Manusia semua ingin dilihat sempurna. Aku pun nak dilihat kool kan he..
8. Teringat ketika aku berada di semester 2. Masa tu hari jumaat dan secara kebetulan aku pergi awal ke masjid.Handphone aku bawa sekali.Nak dijadikan cerita, tengah tak buat apa di Masjid(pukul12), aku bermasagge dengan rakanku. Bila dah 2 3 kali aku send msg, rakan aku bagitau, mak dia pelik. kenapa aku still boleh msg sedangkan aku masa tu dekat masjid? Walaupun masa tu waktu belum masuk lagi, tapi dengan pertanyaan membunuh itu pun aku dah cukup malu untuk text sekali lagi. Apatah lagi, kalaulah aku naikkan status 'Now at Masjid Biru for jumaat prayer'. Betapa teruknya aku?
9. Tapi itu sekadar pendapat. Niat setiap orang kita tak boleh tahu.
A man sooner or later discovers that he is the master-gardener of his soul, the director of his life~
No comments:
Post a Comment