Demi masa

Sunday, July 17, 2011

oh perempuan..

Ok seyes aku suka dengan kata-kata ni..Sangat bermanfaat kata-kata ini untuk aku, kakak aku(hehe),adik aku,sepupu aku or bestfriend perempuan aku.... = ) (lelaki kalau nak baca pun boleh..^_^)

Wahai perempuan.,kita ini perempuan, janganlah mudah memberi cinta kita kepada sesiapa sahaja. Kerana kita adalah perempuan. Lelaki lain, mereka diberi 4 ruang. Tetapi kita hanya punya satu. Hanya dengan dialah kita nak sayang, nak belajar dan nak jadi yang terbaik. Sebab dengan dia jugalah kita akan masuk syurga. Jadi, jagalah hati kita. Jangan jadi buah epal yang dibawah, yang mudah dipetik. Apabila ia jatuh, sangatlah tidak berharga. Tetapi jadilah epal yang berada di atas kerana ia akan membuat semua orang terpegun oleh kerana tidak dapat dicapai apatah lagi disentuh"


Ya Allahhhhh... Sungguh, menitis airmata ini. Kemana pergi jati diri aku untuk menjadi seorang wanita yang dihormati oleh orang lain. Untuk menjadi seorang wanita yang sukar diperoleh oleh ramai lelaki diluar sana. Untuk menjadi seorang wanita yang didalam hatinya hanya Allah yang berdiri teguh. Untuk menjadi seorang wanita yang sebulat kata hanya cinta kepada Allah. Kemana ya Allah semua itu menghilang.........

Hampir sekali aku pergi jauh meninggalMu, hanya kerana seorang hamba bernama lelaki. Ampuni ya Allah segala khilaf & kesalahan serta maksiat hati ini. Runduk, teduh, lena hatiku bersamaMu. Tetapi bolak balik ketika hati mengingati yang selain dari Engkau ya Allah...





Kepada lelaki diluar sana yang sedang membaca, Ambillah iktibar, pilihlah bakal isterimu kelak, seorang wanita yang agamanya lebih diutamakan dari yang lain. Agar kau kelak akan mudah menjaganya & perlu kau bimbing isterimu dengan bijaksana duhai lelaki. Insya'allah perjalanan kau kesyurga lebih bererti duhai lelaki.


Sabda Rasulallah, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".




Duhai lelaki engkau punya hak untuk berkahwin empat. Tetapi berlaku adil lah engkau kepada isteri-isterimu. Buatlah selagi engkau mampu sahaja duhai lelaki.


"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)


Dan beringatlah wahai sekalian wanita dan lelaki, jagalah akhlak kita kerana itulah nanti akhlak pasangan kita kelak. Baik akhlakmu, baik jugalah akhlak pasangan kelak.


"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

p/s : sekarang baru aku faham kenapa baba tak suka aku bercinta-cinta.Betul cakap baba, bercinta tu memang xda matlamat. Bercinta sebelum akad nikah tu palsu.Let say,  Aku akan becinta  andaikata aku bersedia untuk berkahwin(haha macam aku rasa diri masih muda untuk cakap benda ni) and andaikata aku nak bercinta sekalipun, biarlah mama and baba aku suka dengan pilihan aku tu..lalala = ) (masalahnya asal hati tertutup rapat ni?)haha..ain banyak bebel la..lalalala

ok la bai...Jaga diri baik-baik ya bai-bai sekalian... = )

Yang baik tu datang drpd ALLAH, yg buruk tu mungkin drpd diri aku sendiri

peace... ^_^



No comments:

Post a Comment