Demi masa

Monday, June 27, 2011

Cinta Zulaikha

Alhamdullilah,setelah aku baca buku mengenai kisah para wanita yang haruman nya dari syurga,baru aku paham mengapa Allah menjanjikan syurga pada Zulaikha..yg dulunya hamba kepada Nafsu dan bertukar kepada hamba Allah yg taat dan Zuhud..Disebabkan aku suka betul baca inspiratif dari kisah dulu-dulu ni so aku share jugaklah.sama-sama kita mengambil pengajaran dari cerita ini..Semoga cinta kita kepada Allah makin bertambah..Allahuakbar ^^..dan ditujukan khas kepada diriku sendiri and my bestfriend yang dok tunggu-tunggu entry ku(konon) ( u know who u are) may Allah bless ur life ratna... = )

Hari demi hari berlalu,rasa sedih ,kecewa,merana dan putus asa mewarnai kehidupan Zulaikha.walaupun Nabi Yusuf tiada,cintannya pada Nabi Yusuf tidak pernah padam,hari2 yang berlalu dirasakan bertahun2.fikirannya makin lama semakin kacau.akhirnya Zulaikha hilang pertimbangan,kekuatan perasaan telah mengatasi akhlaknya,suaminya hanya dpapt menasihati dan berusaha untuk menyembuhkan Zulaikha yang semakin teruk itu.Akhirnya Al Aziz yang tidak dapat menanggung malu itu terpaksa menceraikan Zulaikha

Keadaan Zulaikha sudah tidak terurus.Kecantikan yang dulu dibanggakan kini hilang dia duduk di tepian jalan mengira butiran pasir sambil mulutnya tidak henti2 menyebut nama Nabi Yusuf.

Berkat kesabaran Yusuf menghadapi ujian dan melawan hawa nafsunya,akhirnya Allah memberikan kehormatan kepadanya didunia lagi.Setelah hampir 12 tahun di penjara,raja telah mengeluarkannya dan mengangkat dia menjadi menteri kerana kepandaiannya menafsirkan mimpi.

Suatu hari,sedang Nabi Yusuf berjalan di tepi pasar,dia ternampak seorang perempuan tua separuh gila yang tidak henti-henti menyebut namanya.Itulah Zulaikha.Dengan mukjizat yg dikurniakan Allah kepadanya,Zulaikha berjaya dipulihkan dan akhirnya beriman kepada Allah.Allah yang bersifat pemurah lagi mengasihani mengembalikan rupa paras Zulaikha dan dia berkahwin dengan Nabi Yusuf.

Zulaikha sudah jauh berubah..kini dia taat kepada Allah,Setiap masanya dihabiskan untuk berbakti kepada Allah,dia terhutang budi pada Allah kerana Allah ingin menyelamatkan dirinya,setiap detik dia merasakan dirinya serba kekurangan dan amat memerlukan Allah dalam semua keadaan..Dulu cintanya pada Nabi Yusuf hanyalah berdasarkan nafsu semata2,kini cintanya kepada Nabi Yusuf hanyalah alat untuk menyampaikan cintanya pada Allah.Dia lebih suka menyendiri dari manusia bahkan dari Nabi Yusuf sendiri..Masa 24 jam sehari semalam rasanya tidak cukup untuk dia bermunajat kepada Allah.Manusia padanya sudah tidak memberi erti lagi sekalipun suaminya.Kalau Nabi Yusuf berhajat padanya di siang hari,dia akan menangguhkan hajat itu pada malam hari,tetapi apabila malam hari Nabi Yusuf mengajak nya,Zulaikha akan menangguh hingga siang hari.

Dia tidak bermaksud untuk menderhaka kepada suaminya,hatinya telah tawar kepada keinginan nafsu syahwat,dia berkata kepada Nabi Yusuf,”wahai suamiku,sebenarnya aku telah menyintaimu sebelum aku kenal Allah setelah aku mengenalnya,kecintaan kepadanya tidak memberi tempat selain-Nya.aku tidak menginginkan selain Nya.

Sampai satu keadaan,Nabi Yusuf menarik baju Zulaikha yang asyik duduk di atas sejadah supaya memenuhi hajatnya,inilah qias yang Allah tunjukkan..dulu Zulaikha menarik baju Yusuf,kini keadaan sudah terbalik..vice versa.

Nabi Yusuf memujuk Zulaikha supaya menyedari tanggungjawab sebagai isteri antara lainnya katanya:
“Sesungguhnya Allah swt memerintahkan aku dengan perbuatan itu dan mengkhabarkan padaku bahawa dia akan mengeluarkan darimu dua putera serta dia akan menjadikan keduanya Nabi dari keturunanku”.

Mendengarkan itu,Zulaikha sedih dan hiba,dengan nada yang sayu, dia berkata “Kalau Allah memerintahkan engkau dengan itu dan menjadikan aku sebagai jalan perantaraan-Nya,maka itu juga suatu perbuatan taat kepada Allah,maka sebagai isteri aku taat dan patuh padamu".

Ketika itu kehidupan mereka menjadi tenang semula setelah masing-masing menyedari tanggungjawab sendiri hasil dari pergaulan suami isteri yang soleh dan solehah itu,Allah kurniakan anak-anak penyambung perjuangan mereka bagi meneruskan perjuangan memerdekakan umat dari belenggu nafsu dan syaitan

Begitulah nafsu kalau belum mengenal tuhannya,dia akan sanggup berbuat apa sahaja.Tetapi bila nafsu telah mengenal Tuhannya ketika itu,tidak ada yang lain selainnya.Tuntutan nafsu akan dilepaskan sesuai menurut kehendak syariat.

Insya-Allah..

p/s :`~nanti aku rajin aku smbg cerita ni....hihi = )

No comments:

Post a Comment