SURAT DARI HAWA UNTUK ADAM.
Adamku.. kau sebenarnya imam & aku makmummu kerna kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah kau kelebihan akal, manakala aku kelebihan nafsu. akalmu 9 & nafsumu 1, akalku 1 & nafsu ku beribu-ribu. Oleh itu Adam, pimpinlah tangan ku kerana jika kau lalai, maka lalai lah aku. wahai Adam, kau punyai aku segala lalai & lupa, sering tergelincir ditolak nafsu & konco-konconya.
Adamku, ajari aku agar menjadi insan yang solehah. Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah. Selimutlah dengan iman & taqwa bekal ke jalan Allah. Ingatkan aku supaya tunduk, hormat & patuh padamu setiap waktu. Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku. Bantulah aku agar otak ku tidak buntu. Selamatkanlah aku dari seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung. Pimpinlah aku menuju NUR AL-JANNAH. Tarbiahlah aku supaya kelak aku menjadi calon Srikandi Solehah. Bantulah aku dalam menyemai sifat Mahmudah. Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah, setulus hati & kasih laksana Siti khadijah, sezuhud & sepatuh Rabi'atul Adawiyah, sekuat iman umpama taatnya Sumayyah, seikhlas & semurni hati Halimatul Sa'adiah juga segagah & seteguh Naila Al-Farashiyah yang tegar membela Khalifah Allah. Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidupmu Adamku.

Hawaku, aku suka jika kau menutup aurat daripada pandangan buas durjana. Aku suka jika kau tidak sesuka hati menabur cinta duniawi sebaiknya kau titipkan buat zaujmu kelak. Aku suka jika kau bidadari sentiasa mengejar ukhrawi. Aku suka kalau kau bersifat keibuan supaya kelak zuriatku penuh dengan kesantunanmu. Aku lebih suka kata-katamu barhemah kerana itu menunjukkan kau wanita berhemah. Aku suka jika kau pandai berdikari, agar kelak kau mampu berdiri sendiri. Lagi indah jika kau berperibadi mulia, kerana itu sebaik-baik hiasan dunia. Aku suka kalau kau pandai menjaga maruah, agar harga dirimu tidak terlalu murah. Lebih elok jika kau mampu berfalsafah, kerana itu simbol Mar'afatonah.
Peliharalah agama seperti mana auratmu terjaga rapi, siramlah hati dengan dengan taqwa, sebagai bekalan menghadap Yang Kuasa. Hiasilah peribadi dengan Mahmudah. Agar kelak tidak dipandang lemah. Meski kau di cipta dari tulang rusukku yang bengkok, namun ada tangan yang disangka lembut mengayun buaian mampu menggoncang dunia mencipta sejarah. Oleh itu, ingatlah aku Adammu yang sering leka dan alpa, kelak Hawa ku ini bakal menghuni Al- Firdausi
adaptasi daripada :~
http://jinggapinkapple.blogspot.com/2010/12/kehidupansometing-nothing-important-its.html
No comments:
Post a Comment