Demi masa

Wednesday, February 9, 2011

Nazrin Lawela

Salam...

Hari ni, betul-betul aku rasa sedih. Tiba-tiba, teringat dengan seorang rakan seasrama (ex-kuharian) aku masa di Kuhara dulu. Nama dia Nazrin Lawela. Aku mula mengenalinya semasa aku tingkatan 6 dahulu. Kami sama-sama jadi budak asrama, kebetulan juga aku dengan dia sama-sama jadi pengawas pusat sumber form 6. Kawan aku ni memang budak bijak, budak kelas bio fizik kalau aku tak silap. Mula-mula aku tidaklah kenal rapat dengan dia, cuma sebab selalu sama-sama di library atas urusan tugas jadi kira rapatlah jugak. Dari yg aq dengar dari kawan lain, si Nazrin ne bekas budak sekolah agama di tun Sakaran. Terus terang aku memang suka berkawan dengan orang alim-alim ni. Yalah kadang-kadang aku ni pandai juga bertanduk kadang-kadang (hikhikhik). Sepanjang aku kenal Nazrin, dia memang baik orangnya. Dia selalu bantu aq  di library. Kalau macam masa aku bertugas tu sama masa dengan masa dia bertugas contohlah kalau ada buku-buku yang aku mau ambil tapi aku tak sampai, dia ni lah yang selalu tolong ambilkan untuk aku. Maklumlah aku ni kecik saja.

Banyak lagi sebenarnya memori tapi aku pendekkan la post aku ni.

hurm..

2009 
Aku dengan kawan  aku ni lost contact suda..yang aku  dengar dia belajar di utem. Itupun aku tau lepas add dia dari fb. Sempat jugalah chatting dengan dia sekejap bertanya khabar.
02 OKTOBER 2010
Masa ni kalau aku tak silap kita tengah sambut hari raya Aidil Adha. Aku terima mesej daripada kawan sekelasku, Hidayat Rahmat. Mesej hidayat time tu bunyi macam ni lah lebih kurang.

"Sedekahkan Al-Fatihah kepada sahabat kita, arwah Nazrin Lawela yang terlibat dalam kemalangan di Jasin, Melaka dalam konvoi raya." ..........

Mulanya aku macam tak percaya, terkejut, sedih, down, semualah perasaan semua ada. Rasa macam..


..."Ya ALLAH, betulkah semua ni?"....

Masa tu aku tak dapat bayangkan orang yang aku pernah kenal, bergelak ketawa sama-sama, selalu bantu aku, maut akibat kemalangan jalan raya. Bergegar tangan aku dengar berita tu. Aku siap cubit pipi aku time tu. Sebab mau kasi puas hatiku tu yang nda percaya lagi tu, aku pergi  buka facebook Nazrin  dan tengok wall fb dia. 

Masa tu aku nampak satu post yg mengatakan benda yg sama macam kawan aku mesej aku..Time tu aku menangis depan laptop bila aku tengok banyak orang post al-fatihah, tulis takziah di situ. Lama betul aku duduk depan lappy, semua post orang aku baca situ, aku tanya kawan-kawannya di UTEM. Lepas tu aku tanya kakaknya, time tu juga aku baru kenal kakak arwah, kak Lin nda silap namanya. Dialah yang bagitau semuanya. 

Aku pun mesej la kawan2. Smpai part mo beritahu c roshid...dia lg la mcm xpcya..dia kata aq main2 ....Dia marah lagi aku time tu. Jadi  aku pun gtaw dia suru tanya kawannya si Mohamad Faris (ha..c faris ne entry len aku crita..insyaALLAH la kalau ku ingat...). Malam tu Roshid msj aq blek, sdihnya aku dengar ceritanya...Roshid beritau aku yang Faris nangis sudah time Roshid beritau fasal benda tu. Aku pun baru tahu yang dia langsung nda tau benda tu... Roshid cakap Faris marah masa dia beritau benda tu. Dia pun sama la 2 nda percaya...Aku nda tau jugak time tu yang arwah kawan baik Faris.


Al fatihah buat arwah nazrin lawela..semoga rohnya aman d sana..dlm hati kami semua, ko tetap hidup .. Kami ndak kan lupakan ko. Benda paling best dapat kenal dengan ko. Takpa lah suatu masa nanti  nanti, kami semua akan menyusulmu jua kelak. Semoga ALLAh tmpatkn dia dlm golongan yg beriman.
Amin.....

p/s : ~masa tulis post ne deras air mataku mengalir. Sedih, sangat sedih, tapi ALLAH lagi sayang dia.

AL-fatihah...

No comments:

Post a Comment