Demi masa

Saturday, March 16, 2013

*&^%$#@

Aku rasa hari ni paling ______  untuk tahun ni..entah kenapa. Susah juga mau cakap dengan kawan nanti tu kawan story mory dengan si dia.. Jadi aku tulis sini jakla...
Aku nda tau mau cakap macam mana kalau ada kawan sendiri mulut macam tuttttttttttttttttttttttttt....
nda pandai jaga hati kawan sendiri, 
cakap main lepas, 
seolah-olah macam dia jak perfect..
ya aku tau aku nda perfect...
sangat tau... 
tapi jangan cakap benda yang boleh mengguris hati orang.

.-_-

Tiba-tiba aku rindu dengan kawan-kawan lama aku
 sebab kalau aku tengah sedih diorang pujukkan...
 kalau menangis diorang pun ikut nangis.

Nia.... Rin.....aku sedih ni... -_-

: (

Tapi nda pa...aku think positif jak.
mungkin dia memang begitu kan. nda pa Ain setiap orang kan ada kelebihan dan kekurangan.. Jadi nda payah mau emo sangat...senyum jak

Abis praktikal nanti insyaAllah x jumpa sudah tu orang...sabar jakla ain..

okla aku penat tulis panjang 
salam

p/s : Senyum saja AIN walaupun senyum plastik.. senyum jua tu ....^_____________^


Saturday, July 21, 2012

Ramadhan tanpa dia..

Ramadhan yang dirindui kini datang menjengah..
Insyaallah akan dimanfaatkan dengan sebaiknya...
Hurm...
Tapi...sekarang,
waktu berbuka terasa syahdu..
Seperti ada insan yang kurang....
Bila mana berbuka tanpa atuk tersayang...
lain rasanya..sangat lain..walaupun ditemani handai taulan
tetap terasa janggal...
Semoga Allah tegarkan hati ini...
Al-fatihah untuk dia...
Semoga berada dalam kalangan orang beriman...
Kerinduan ini amat dalam...
teramat dalam...
Allahurabbi....
sekali lagi tegarkan diri ini agar air mata tidak jatuh lagi...
Rindu berbuka bersamanya  Ya Allah...
T_T

Al-fatihah buat Hanafiah Haji Andas...La tahzan ain..La tahzan...

Untungnya kan orang yang masih ada datuk. Tapi aku tengok ada orang sanggup hantar datuk mereka ke rumah orang-orang tua..Hurm..
Sebab aku rindukan dia aku sempat sisip gambarnya sebelah gmbr adik. Rindu banget. Eh panjang pulak. Okla selamat berpuasa semoga kita semua dapat "top up" amalan kita sementara masih ada di dunia..


Wednesday, July 11, 2012

Agak kaget

Salam,
Lama saya tidak menulis.
Kerinduan yang teramat pada penulisan walaupun saya tahu gaya penulisan saya agak mendukacitakan, agak   rojak bahasanya. Syukurlah, seorang sahabat telah menegur dan InsyaAllah saya akan cuba mengubah cara penulisan saya ke arah yang lebih baik lagi.  

Selalunya ayah dan abang akan menemani saya dalam perjalanan jauh. Tapi semalam, tanpa ditemani rakan-rakan, saya dengan berdikarinya (konon) balik ke Kota Kinabalu. Tiket yang dibelikan ayah disimpan dengan rapi.Tempat duduk nombor 8. Syukurlah, abang dan ibu menghantar saya walaupun hanya di Terminal Tawau. Sewaktu menunggu bas, terserempak dengan seorang sahabat lama yang lalu betul-betul di hadapan saya. Agak gembira berjumpa teman lama bercerita itu dan ini. Habis di situ.

apa yang kaget?
 Bila sebelah tempat duduk saya diduduki oleh warga indonesia yang benar-benar menakutkan. Saya tekad berpindah dari tempat tersebut disebabkan personaliti lelaki indon berkenaan. Bila pindah ke seat 18/19,..
'....ain..ain.."
Rupanya ada kawan sekelas dalam bas.Oklah.selamat sikit.
Cuma kaget bila si kawan yang saya rasa lebih setahun muda berlainan gender pula tu, tertidur di bahu saya...Rasa macam mau ditolak kepalanya.  pandai-pandai dia situ. Sampai sekarang bahu saya sakit. perlukan tidur yang cukup.

Jikalau saya, saya sanggup meletakkan kepala di tepi tingkap daripada melentok di bahu rakan lelaki, sebab hanya suami yang selayaknya berbuat demikian. 

p/s : ~ Kerana itu wanita perlu ditemani muhrim apabila berjalan jauh..^^,




Saturday, May 5, 2012

love after marriage..(l.a.m)

reupload balik dari blog org hihi.btw memang betul aku nak l.a.m ni..cuma aku belum jumpa orang yang tepat.Bila baca cerita ompuan ni rasa best plak. Indahnya perancangan ALLAH ^_^


1# My Love Story


Praise be to Allah, at the age of 20. I'm already marrried and truth to be told. i NEVER thought i would marry this early with unexpected guy. and my love story would be like this. Early, unexpected, wonderful. Well, it's proven that Allah's plan is the best :)

As many of you know, It's arranged marriage and to be honest, i still wasn't sure about my feelings toward him even the night before my nikah and i was too anxious and worried that i'll never love him. i always pray to Allah that i'll love him the moment I became his wife. Really. I was afraid. Come on,  to marry someone whom you barely knew, sengih pun tak pernah, kalau jumpa pun sekali dengan family family, and you never had any feeling. i meant, deep feeling. dan tahukah anda, sebenarnya aku ada suka orang lain dan dalam erti kata lain menunggu seseorang yang aku dah lama sayang waktu aku diminta untuk berkahwin? perit yang aku lalui, Allah sahaja yang tahu.

Dan aku remaja biasa, aku fikir benda yang sama. Ini zaman moden, bukan zaman dulu, mana ada kahwin pilihan keluarga dan sebagainya. Hati aku memberontak. Hati aku sakit. Tapi aku tak sanggup hubungan dengan keluarga terutamanya mak abah renggang sebab aku memang sangat rapat dan manja dengan diorang. Mungkin aku boleh je nak buat pilihan sendiri. Tapi mungkin jangka masa kejap je aku gembira, lepastu? berkat ibu bapa? orang orang yang aku sayang tak gembira, macam mana aku nak gembira? Dilema. Apa yang aku nak. Apa yang buatkan orang lain gembira.  Beberapa bulan aku lalui waktu yang aku rasa, zaman kejatuhan. Memang nafsu kata ,tak larat hidup dah. Tak larat nak terima semua ni, dengan ada suara suara yang bisik, '' kalau kitorang, kitorang dah lama lari dari rumah." Tak, Aku dibesarkan keluarga yang sempurna bagi aku. Aku Muslim. Aku tak boleh jadi bodoh.

Ya ,memang lamaran dia diterima lepas aku solat istikharah. Memang aku terima sebenarnya demi mak abah. Tapi Allah itu maha besar, maha berkuasa, maha 'cinta'. Mungkin itu yang terbaik. Berkat doa ibu bapa, keluarga kawan kawan & orang ramai, dan aku yakin dengan suara hati, dengan gerak hati Allah kurniakan.

After all the struggles, the pain, on 28th april ; saturday.







At that moment,, my heart beats sooo fast .my hands and my lips are shaking.Dengan sekali lafaz "aku terima nikahnya" . I became a wife to Mohd Soffian Ariff. It was a very sad and touching moment. Especially hearing your abah said, " Aku nikahkan dan aku kahwinkan dikau dengan anakku." ya Allah, Hati aku benar benar sudah dimiliki seorang lelaki bergelar suami." 

Alhamdulillah. I feel good. Alhamdulillah. Excited + Sebak. I cried. Yes i did, my mum did, my grandma did. You know when you started to hug every of your family members and when it comes to your dad and He said, " Abah serahkan awak dekat soffian." Air mata oooh membasahi pipi.

 Abah ♥
Mak ♥

For Allah Sake, This is beyond my expectation. I asked Allah for the best man and the best love story. He gives me the best man for me and the best story I could ever imagine.




Today, I would say, I believe in Love after marriage.  I know, not everyone can get it. But you know, if you love someone, protect the 'love' . Protect the sweetness. If I could ever convince people how amazing it is to actually 'bercinta bagai nak rak.'' after married. it would be nice. I swear to Allah, Girls, protect your dignity,your heart and guys, please protect the girl you love. Please save your love story. Choose someone to marry, not someone for you to only walk around and be happy.  


Tok Imah ♥






 "No matter what,you'll always be our darling daughter. Dunia Akhirat. -Mak & Abah

 terlalu janggal sampai Teragak agak untuk salam sampai kena gelakkan, tapi itu yang manis.
Teragak agak utk pegang, tapi itu yang manis.

I thank Allah for everything. I'm grateful for having families and friends around who never stop supporting me. Yes. Allah is the most loving. my zaman that i told you, ''zaman paling buruk , zaman paling jatuh.'' Maka Allah gantikan dengan kisah cinta yang aku sangat tak sangka. Allah gantikan dengan hidup dan perasaan bahagia yang tak terkata . I know, there will be long way to go but all these, it makes me learn better. I learn better, i can think better. Gembira orang lain mampu buat kita gembira, Bahagia ibu bapa mampu buat kita bahagia, berkat restu dan doa keluarga adalah salah satu kunci terbesar hati kita tenang  dan gembira. Allah knows what you do for yourself and others. Allah knows.

 Tersipu da terlalu malu untuk tenung mata dan senyum,tapi itu yang manis.
If the 'Love' makes you become worse. Let it go. it's hard. Allah knows and He will replace someone better for you. If the Love makes your relationship with family or beloved people worse, turn to Allah for decision, Allah knows the best. If you're in dilemma what you want and what make things better. Have faith in Allah, He knows what you've done.He knows what you've sacrificed. Dan, cinta itu memang perlukan pengorbanan.

and one thing about this is that, Allah saves my heart for someone who deserves it. Allah saves me from facing another heartbroken and that's wonderful because I just can't bear with another heartbroken. Allah is Ar-Rahman & Ar-Rahim. I'm ordinary. I'm not perfect. Proudly to say, I'm 20 and I'm married. Responsibilities increased but 'LOVING' ITSELF IS 'RESPONSIBILTY.'

Thankyou everyone for all the du'a and wishes. for all the support. SubhanaAllah i believe, your du'as,too, make it happened. I forgot how to be in love. Today, I have a husband whom i used to hate, and i think, i just fell in love with him. I'm nur dianah and this is my story.



Me : " Kenapa awak masuk minang saya? "
Him: " Sebab saya jatuh cinta dengan awak & saya tahu awak boleh jadikan saya lelaki yang lebih baik."


Someone who really loves you will show you they want you, will prove that they need you, will remind you they love you. Will put you in the list, " To be in heaven,together,forever."

Sincerely,dena bahrin


Saturday, April 21, 2012

Friday, April 6, 2012

sedang apa dan di mana

oh tidak hahah..semoga __________________ _______________________ ________________________ hehe

Monday, March 26, 2012

Apa yang aku suka dan aku tak suka

Berikut adalah (hahaha mangkuk hayun.skema sungguh kan aku..haha)

Aku suka hello kitty macam hari tu aku ternampak hello kitty besar punya terus aku peluk hello kitty tu. Sekali tengok ada kawan tengok..malu pula aku. Haha. Tapi kalau realiti kucing aku takkan sentuh sebab aku geli bila dia gesel-gesel badan pegi kaki aku. Tapi kan arwah atuk pernah kata rumah malaikat takkan masuk kalau ada patung. hurm jadi aku simpan dalam kotak suma patung dulu-dulu.Bercakap pasal atuk aku rindu pula dekat dia..Al-fatihah..Kalaulah ada lelaki yang boleh jadi pendamping hidup..aku nak yang macam sikap atuk..hehe

Bumper car. Ok dulu-dulu aku memang fanatik gila dengan game ni need speed underground. Tapi kalau main ting-tong yang kereta-kereta aku fail di situ.Lagi satu kalau belajar memandu pun aku fail jugak..hehe Aku takut sebenarnya..Tapi kalau bumper car kau bagi aku 1 jam pun aku boleh drift macam initial D tu..haha. Mana kau mau cari perempuan begini..haha(pengsan). Tapi betul ada masa aku akan pergi bumper car. Kalau dibagi pilihan tengok wayang dengan bumper car. Aku pilih bumper car haha...

Aku suka bergambar tapi aku tak suka publish di mana2. Sebab aku tau mesti ada risiko punya. Tapi hairan budak sekarang bergambar sikit terus upload seolah-seolah macam tiada rasa bersalah. Seolah-olah akan hidup terus walhal kita tak pernah tau maut di depan-depam kita entah-entah esok kita mati kita tak sempat delete gambar tersebut. Sebab tu aku delete gambar aku dalam fb and blog. Gambar aku untuk tatapan aku dan famili sahaja. Lagipun perempuan ni kan fitnah dunia.

Aku pernah kata aku suka mee tauhu, sanggar cheese and nasi lalap lagi satu milo ais jagung. Alhamdulillah tuhan mendengar doa aku tetiba aku terjumpa benda2 tu cne walaupun takda sesedap d tempat sendiri kira ok la.

Blog and download movie. Oh ni memang faveret aku hihi..Kalau fb aku kurang sikit nda taula kenapa. Bosan mungkin.

Mangga Epal. Masa dengan arwah atuk dulu aku selalu makan benda  ni. Siap atuk suapkan lagi .Sekarang dah besar manada orang nak suapkal lagi. Kalau Adik aku suapkan kasar betul haha...

Aku tak suka (biarlah benda ni rahsia..haha..macamlah orang nak tau.)
Sikap menjengkelkan kadang buat aku menyampah
Bila kita percaya, dikhianati...itu aku benci
         

Saturday, March 24, 2012

Mencari calon suami yang tiada facebook

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.


Salam to all readers~ =)


tajuk Hanya kiasan.Bwahaha..


Melihat gelagat ramainya orang dalam melayari facebook dan belog kadang-kadang sangat merunsingkan. Ada yang tak segan silu berkongsi cerita hal peribadi yang sewajarnya disimpan. Ada yang merungut mengeluh tentang macam-macam benda yang tak puas hati di matanya. Ada yang berposing maut ala-ala model lalu ditayangkan gambar-gambar untuk tujuan tatapan mata-mata nakal. Bermacam-macam ragam.




Bergaul bebas di alam maya


contoh sahaja. Kadang2 kita tak sedar. padahal kat realti tak pernah bertegur.




Semua orang tak terlepas dari ini. Saya sendiri juga. Kadang-kadang susah jugak nak menjaga kalau di alam maya ni. Di alam realiti kita bersusah payah menjaga pandangan, menjaga hati, sopan. Tapi di alam maya lain pulak jadinya. Ada je bersembang ribut di alam maya tapi sebenarnya tak pernah lansung bertegur sapa dalam realiti.




Kalau untuk mengeratkan hubungan sesama sahabat (perempuan sama perempuan) ini sangat baik. Okay contoh, kita boleh tahu perkembangan sahabat kita sewaktu cuti ni kan. =) Kadang-kadang kita tak sedar yang conversation kita dengan yang berlainan jantina melalaikan. Kalau muslimin tu saya yang punya, saya jealous taw. -,- (after akad)






Muslimin boleh melihat gambar-gambar muslimat


sikap suka berkongsi, andaikanlah gambar doodle tu gambar orang betul hehe


Kalau ada gambar yang tak private sape2 je boleh tengokkan. Nak nak lagi muslimat yang cantik jelita anggun bergaya satu album khas gambar dia sorang. So, now everyone can see it. Nak tahu macam mana boleh wujudnya fake profile, sebabnya kebanjiran gambar kita di alam maya, saya tak cakap takleh lansung =) tapi cukuplah satu dua je yang kecik-kecik. Bukan apa kita menjaga sebab wanita ni fitnah terbesar. =) Kalau muslimin tu saya yang punya saya cemburu sebab dapat tengok perempuan lain free-free je.




Memberi sokongan pada maksiat




gambar hanya direka untuk tujuan contoh




Saya tak nak lihat muslimin yang bakal saya nikahi (aicehh) support pada benda yang melalaikan. Contoh, kalau ada seseorang letak gambar berdua couple, mesti ada komen kat bawah gambar tu macam ‘alolo sweetnya korang’ kan.




Atau kalau orang buat in a relationship with dot dot berduyun like. Kita tak tahu masa depan. Karang tak jadi dengan orang tu frust tak sudah. Saya mahukan muslimin yang bagi sokongan pada Islam. Bersungguh-sungguh mendalami ilmu agama. Sebab dengan ilmu agamalah beliau akan mendidik saya dan anak-anak (ayat masa depan) hehe






Semua orang ada calon-calon idaman masing-masing. =) Sama macam saya tapi pada saya cukuplah dia beriman. Itu sangat cukup. Hadiah paling berharga dari Allah sepanjang zaman. Biarlah kita tak berkenal-kenalan sebelum nikah. Itu adalah lebih baik dari diserahkan cinta pada yang tak sepatutnya. Bila diserah tak dihargai. Itu sangat menyakitkan tahu? =)


"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sebenarnya apa yang saya nak kata sekarang ni susah nak jumpa para syabab macam zaman nabi dulu. Ini bukan semata-mata akaun facebook beribu-raban friends. In reality pun susah sekarang ni nak mencari yang benar-benar ikhlas. Yang faham hukum Allah. Kebanyakan yang saya lihat semuanya hanyut dalam dunia remaja, dalam dunia trends, semua dalam comfort zone lagi. Sama ke level kita dengan remaja di Palestin? Tak. Kadang-kadang dosa-dosa di facebook ni kita tak sedar. Saya mahukan muslimin yang bijak menggunakan peluang untuk berdakwah. Tak kisah lah di mana-mana pun. Ye, like facebook and blog, these are our chances. Memang benda-benda ni created by depa yang bukan Islam tu tapi kita kena pandai manfaatkan. Semua ni tak terhad dalam alam maya je, cuma apa yang saya lihat dalam alam maya ni adalah kebanjiran 'remaja' yang terlalu mengikut trends.






Mencari calon suami yang tiada facebook? Memang susah. Means ada ke manusia lagi yang tak de facebook? Macam tu lah perumpaannya kita nak jumpa muslimin/muslimat yang benar-benar menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka, meletakkan Allah di tempat paling teratas dalam hati-hati mereka.






Sedar tak sedar semua benda yang kita buat kat dunia ni nanti Allah tanya dekat sana. Yes, dunia ni persinggahan saje. Saya ulang, persinggahan. Persinggahan means tak kekal sebab kehidupan kita sebenarnya di negeri akhirat kelak. Dekat sana nanti Allah akan tayangkan semua perbuatan kita kat dunia, (moga Allah mengampunkan dosa-dosa yang kita sedar ataupun tak sedar) dan kita sendiri akan dapat tengok balik apeje yang kita dah buat. Ape je yang kita dah buat untuk Islam? Untuk Allah?




sumber


Terimalah dari saya hehe;
dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah,Saifullah.
tokoh ramai tak terkira.


kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya,boneka Yahudi.


dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati
lelaki kami menjaga,melindungi,


kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat,perogol bersiri.


dulu,
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,


kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.


dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,


kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas,binasa.


dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,


kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia seisinya


dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad tekun berdakwah,


kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan,tenaga tak dikerah.


dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,


kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.


dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,


kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri sering bertelingkah.
kembalilah lelakiku,
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah Rasul~


(dipetik dari Syabab Musafir Kasih, Fatimah Syarha Mohd. Noordin)




tolonglah jangan perasan =P




Peringatan buat diri saya sendiri, terutamanya. =) Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.


Waallahu'alam.

Wednesday, March 21, 2012

tentang rasa

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Ijinkan ku lepas penatku
‘tuk sejenak lelap di bahumu
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Sunday, March 18, 2012

no tittle

bosan aku dengan penat 
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga jika ku sendiri


only you-winter sonata

I won't cry for you, I won't do that kind of thing now
Please don't do that, I can't be soothed


* CHORUS *
The truth is I want to forget it all
When I couldn't see you I realised you were my everything
When I want to smile, will you look at me and cry?
Which is my one hope that you can't do it at all
When I want you to look at me, will I fall apart?
No matter how you try to forget, can you forget?


Repeat CHORUS


To love only one person is really tough
But I honestly didn't know that

Saturday, March 17, 2012

I need You damn much, IDM!

Selama ni aku guna IDM.Download bnyk2 smpai lebam mata, aku tak kisah. Tapi sekarang dah tak dpt  dah. Aku punya sedih tu cis macam orang kematian laki. haha. Dalam kelas sempat tanya david gilbert. Bila dia kata dia pun guna IDM. Mulanya happy  aku tu macam dapat  tet..haha...Tapi yang tak bestnya dia x reti bg tips sebab kawan dia yang buatkan IDM tu.. AKu jusut betul sekarang mengenangkan IDM ni..Tolonglah semoga aku jumpa orang yang pandai crack IDM ni.. Sebab aku terpaksa guna download manual yang berjam-jam lama sampai kebas punggung...  Terpaksalah menyedut m-v and drama dari orang lain. huhu.. Tapi takpa lah better aku tengok buzzer beat.. tengok yamapi aku..kot-kot kekecewaan aku tu hilang sikit-sikit tengok yamapi..mbahahaha...Btw aku dah plan dah klu IDM dah ok aku pulun berabis suma movie and drama yamapi berlakon.... Oh kesian kim hyun joong aku dah kurang sukakan dia dah..hehehe...Minat aku dah pegi ke jepun-jepun dah. Salahkan buzzer beat, paradise kiss and salahkan yamapi sebab aku beralih. hahaha. Sampai presentation pun pasal yamapi.gila.
Alahai IDM, please la oka minah download ni tak sabar nak tengok code blue..ahaha..

P/s : ~ aku suka Yamapi.. Kalau ada orang ala-ala Yamapi kan bagus. Setuju saja! haha.

yang dirindui

Menyesal aku tak dengar kata ma, "makanlah ni..makanlah tu masa balik." Sekali di sini makan megi , makan bubur cup ,makan di cafe yang nasinya ada rambut putih lagi tu..haha. Lepas tu mee gorengnya om-om yang masak baru tu ala-ala Bruno Mars lagi.Swear! aku memang takkan beli nasi and mee goreng tersebut..hahaha..

Hey..entahla aku tiba-tiba rnidu betul makanan tawau.

Mee Tauhu..(yang ne dapat dari Usama..hihi

Nasi Gondrong (pun dari Usama..nak try2~ ^_^)


Gado2.. sebab cne tak sdap

ANd yang penting sekali SANGGAR CHEESE.

Adoyai...ma..Rindu suma tu..T_T

K-box 2

Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar...
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar...


Banyak cinta yang datang mendekat,
Ku menolak,...
Semua itu karna ku cinta kau...


Jika ada yang bilang ku tak baik
Jangan kau dengar...
Jika ada yang bilang ku berubah
Jangan kau dengar...


Banyak cinta yang datang mendekat,
Ku menolak,...
Semua itu karna ku cinta kau...
Kau...


Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Kutahu kau slalu ingin denganku
Kulakukan yang terbaik
Yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tau ku cinta kau


Jika kau tak percaya padaku
Sakitnya aku...
Jika kau lebih dengar mereka
Sedih hatiku...


Banyak cinta yang datang mendekat,
Ku menolak,...
Semua itu karna ku cinta kau...
Kau...


Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Kutahu kau slalu ingin denganku
Kulakukan yang terbaik
Yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tau ku cinta kau


p/s : haha..test vokal sebelum p kbox dengan nisa... Tapi sayang lagu ni takda. Kalaula blog ni bulih kbox..kan bez..haha..

Friday, March 9, 2012

Lagu k-box ^_^

Asmidar - Biar Sampai Ke Bintang Lirik


Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini


Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini


Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita


Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita


Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini


Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

Thursday, January 12, 2012

sama macam kita

; aku ada sorang member lelaki yang handsome bergaya. masa tu zaman belajar. dia je yang takde makwe. dia cakap dia pun pakai duit mak bapak/ptptn nak survive. tunggu dia dah kerja baru dia nak ada makwe. and betul, lepas stabil baru dia ada makwe. aku teringat lagi dia cakap "Segan dowh, takkan keluar date pakai duit yang orang lain bagi kat aku? Nak top up pun tercungap-cungap, asyik maki PTPTN je lambat masuk duit, lagi nak ada gf."

-THE END-

p/s : haha aku dah tau nak post pasal apa..Masa aku post benda ni..aku teringat trademark boboi .."tamela matam tite'''....kehkehkeh...^__^